Saturday, July 26, 2008

Wayang kegemaran saya

Wayang kegemaran saya ialah Horton. Saya gemar menonton Horton kerana ia amat lucu. Apabila saya sedang menonton Horton di pawagam, saya amat gembira kerana ibu saya memberitahu saya bahawa saya boleh berehat kerana saya sudah bekerja keras dan ini ialah sebagai hadiah untuk kerja keras saya. Saya amat gembira kerana ibu saya sudah mengajak saya untuk menonton wayang ini dan saya amat berterimah kasih kepada ibu saya. Saya amat sayang dengan ibu saya

Warna Kegemaran Saya

Hi!!!!!Nama saya Mustafa Bin Abdul Jalil. Saya akan cakap tentang warna kegemaran saya. Warna kegemaran saya ialah biru, kuning, merah dan hijau. Saya suka warna ini kerana setiap saya melihat warna ini saya akan menjadi gembira. Apabila saya dan ibu saya pergi berjalan, saya akan menyuruh ibu saya untuk membelikan saya baju yang berwarna merah, biru, hijau atau kuning.Saya amat suka dengan warna ini dan saya akan selalu menyukainya.

Fridge Magnet

Tahukah anda apa itu 'fridge magnet'? 'Fridge magnet' adalah sejenis besi berani yang dilekatkan di peti ais untuk dijadikan hiasan. Saya gemar mengumpul 'fridge magnet' kerana ia nampak menarik dan mempunyai berbagai-bagai corak. Saya mempunyai beberapa buah 'fridge magnet' yang telah saya kumpulkan untuk menghiasi peti ais saya itu.

Mainan traditional

Mainan traditional kegemaran saya ialah ting-ting,batu seremban,congkak,layang-layang dan lain-lain lagi.Ketika saya bermain batu serembat dengan kawan-kawan saya,saya selalu menang kerana berlatih di rumah.Kalau saya hilang batu serembat saya ,saya akan membuat yang satu lagi.Amat senang untuk membuatnya.

Menabung Wang

Kegiatan yang amat saya gemari ialah menabung dari lebihan saki-baki wang saku sekolah saya. Tiap-tiap hari, saya akan pastikan untuk menabung sekurang-kurangnya 50 sen sehari. Menabung telah menjadi suatu kemestian di dalam diri saya kerana ianya telah saya amalkan semasa saya mula berada di dalam darjah satu.
Wang yang telah dikumpulkan itu akan saya masukkan ke dalam bank.

Melukis



Saya gemar melukis. Itu sebabnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurubina apabila saya dewasa kelak. Pada waktu lapang, saya akan melukis lukisan kegemaran saya. Bukan itu sahaja, malahan setiap lukisan yang telah saya lukis akan saya simpan di dalam sbuah beg khas untuk dijadikan koleksi peribadi saya. Saya gemar melukis sejak saya masih kecil.





















Sukan Kegemaran Saya

Sukan kegemaran saya ialah badminton dan bola sepak.Mengapa saya memilih bola sepak?Kerana saya dapat mempelejari cara-cara baru untuk bermain bola sepak.Saya gemar sukan saya kerana ia membuat kita sihat.Sukan kegemaran saya amat seronok!!!!!!!!

Permainan Elektronik


Pada zaman yang serba moden dan canggih ini pasti ramai anak-anak muda yang meminati alat permainan elektronik.Saya gemar bermain dengan PSP dan Gameboy saya pada masa lapang saya.Saya gemar sekali bermain dengan alat permainan elektronik itu kerana ia boleh menguji kecergasan minda saya dan juga dapat mengurangkan tekanan 'stress' saya.Namun, dihati kecil saya ini, masih menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah lagi alat permainan elektronik yang telah jadi kegilaan ramai anak-anak muda pada masa kini iaitu Nintendo Wii.

Monday, July 7, 2008

Buku Cerita


Saya gemar membaca buku cerita saya. Saya amat suka membaca buku cerita yang ditulis oleh seorang penulis yang terkenal iaitu Encik James Lee. Saya mempunyai tiga koleksi buku yang ditulis olehnya. Encik James Lee telah menulis banyak buku dan telah menjual lebih daripada seribu bukunya di dunia ini. Saya suka membaca bukunya kerana jalan ceritanya yang amat menarik dan saya dapat banyak faedah untuk karangan Melayu dan bahasa Inggeris saya. Saya pelajari banyak perkataan yang amat baik untuk fasih dalam perbualan sehari-hari saya. Saya berharap dengan banyak membaca buku, saya boleh mendapat markah yang baik untuk bahasa Melayu dan Inggeris saya. Saya juga berharap sesiapa yang belum pernah membaca buku untu membaca buku sekarang kerana apabila kita membaca buku, kita akan mendapat banyak idea untuk karangan anda.

Makanan Kegemaran Saya










Fish n chip, nasi lemak dan mi soto adalah makanan kegemaran saya. Apabila saya berada di luar, saya akan membeli salah satu makanan ini pada waktu tengahari.

Saya mendapat makanan kegemaran saya di beberapa buah restoran yang berada di Singapura beberapa tahun yang lalu. Saya amat menikmati makanan kegemaran saya kerana makanan kegemaran saya amat enak.

Walaupun ibu saya menyuruh saya untuk jangan memakan makanan ini kerana makanan ini bukanlah makanan yang seimbang bagi diet saya. Namun saya tidak mendengar kata ibu saya kerana saya akan meneruskan memakan makanan kegemaran saya dan terus menikmatinya.